Other Menu

Kesan Kehilangan smartphone android Korang!


Image courtesy Sprint-tep
Teknologi kini, telah merubah cara kita menggunakan telefon. Kini, telefon pintar adalah seperti komputer kecil yang mampu memberikan perubahan cara hidup seharian kita. Ini menyebabkan kita banyak bergantung dengan telefon pintar ini untuk menyimpan maklumat-maklumat yang ada.

Sekiranya telefon kita hilang, ianya pasti menjadi satu keadaan yang sangat merunsingkan bagi mereka yang menghadapinya, insyaAllah, saya akan membantu dengan trick-trick berikut.


Sebelum memulakan trick tersebut, berikut adalah syarat-syarat yang perlu ada.
1) Smartphone yang dikuasakan dengan android OS. (bg iOS tiada caranya disini tapi boleh dilakukan).
2) Smartphone yang hilang tersebut mestilah berada didalam keadaan ON.
3) Smartphone tersebut mempunyai rangkaian internet sama ada disambung ke data plan telco ataupun WIFI.
4) Email android market (GMAIL) Digunakan diphone tersebut.

Trick ini akan menggunakan teknologi GPS bagi mengesan smartphone anda. berikut adalah cara-caranya.

1) Login ke google mail dan klik link Android Market Web ataupun login daripada android market web (Semestinya email yang sama dengan Email android market yang digunakan diphone anda)

google mail
2) Taip "Plan B" dan tekan enter untuk mencari apps tersebut.
Google Play (mengantikan android market)
3) Klik Install pada apps Plan B.
Klik Install
4) Popup akan timbul, kemudian Klik Install, Google Play akan install apps tersebut kedalam smartphone yang anda ini cari tadi secara remotely.
Pilih smartphone yang anda ingin install
apps tersebut akan di Install secare remotely kedalam smartphone tadi
5) Sekiranya Syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi, smartphone anda secara automatik akan run program tersebut. Salah satu masalahnya ialah, apps tersebut akan memaparkan info yang ianya sedang berfungsi seperti image dibawah.
screen ini akan muncul menandakan program tersebut sedang berfungsi
6) Anda akan mendapat email daripada apps tersebut dan kedudukan smartphone anda akan dipaparkan di google maps.
email daripada program tersebut
Diharap cara diatas dapat membantu anda. disamping itu juga, ianya boleh digunakan untuk track GF/BF or husband/Wife anda.

INFO
1) Kedudukan anda tidak boleh diketahui oleh orang lain melainkan sekiranya dia TAHU PASSWORD EMAIL yang anda gunakan untuk smartphone anda.
2) Apps ini adalah percuma dan run 24-jam diphone anda tanpa boleh dimatikan selain daripada force stop.
3) Apps ini akan menghantar kedudukan smartphone anda setiap 3-5 minit selagi apps tersebut tidak dimatikan.

Artikel Terkait

0 comments

Post a Comment

Cancel Reply