Other Menu

Minyak Dagu @ 2013


Filem seram terbaru arahan Azhari Zain akan menjengah anda di pawagam bermula 3 Januari 2012. Minyak Dagu menggandingkan pelakon sedang meningkat, Fezrul Khan bersama Yana Samsuddin selaku pasangan utama. Barisan pelakon lain yang menjayakannya juga bukan calang-calang seperti Maimon Mutalib, Mior Hashim Manap, Kartina Aziz, Zul Suphian dan Wan Hanafi Su.

Sinopsis Filem Minyak Dagu
Mengisahkan Azman bertekad untuk membalas dendam apabila tunangnya, Emelda memutuskan tunang untuk berkahwin dengan lelaki lain. Dia berjumpa bomoh yang mengajarnya cara meletakkan sumpahan terhadap Emelda, membuatkannya menghadapi histeria pada hari perkahwinannya. Perbuatannya secara tak langsung membawa kepada kematian ibu Emelda yang mana pengebumiannya dihadiri Azman atas rasa kesal. Walaubagaimanapun, hal ini bertentangan dengan arahan bomoh, yang memberikan amaran kepadanya untuk tidak melawat si mati kerana boleh membawa padah.


Artikel Terkait

0 comments

Post a Comment

Cancel Reply